Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada semua pengunjung-pengunjung blog kubah teguh ini..saya doakan kepada anda semua para pembaca dan juga kepada orang yang menyampaikan blog ini kepada orang lain semoga berada didalam keadaan sihat wal afiat dan sentiasa berada dalam kebahgiaan dan ketenangan.blog ini mula ditulis pada 30ogos 2009 bersamaan 9 ramadhan 1430 Hijrah.blog ini diwujudkan sempena nama syarikat yang baru didaftarkan,namun begitu,ianya bukanlah hanya bertujuan untuk berniaga semata-mata,tetapi juga adalah untuk berkongsi dengan semua pengunjung sedikit sebanyak tentang ilmu yang ada,yang mudah-mudahan ilmu yang bermanfaat ini dapat dikembangkan kepada semua orang lain.sebelum terlupa saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang membuka blog ini,dan saya doakan semoga saya dan anda dapat menunaikan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh,mudah-mudahan kita semua dapat mencapai maqam takwa yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T.Dan ingin saya ulangi sekali lagi bahawa blog ini bukan sekadar untuk menjadi satu jalan usaha untuk memperkembangkan perniagaan,bahkan juga untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman buat kita semua.akhir kalam dari saya,diharapkan komen dan teguran,diberi dengan hikmah,serta tunjuk ajar dari semua orang yang jauh lebih kehadapan dari saya.tak kira samada dalam bidang bisnes atau dalam permasalahan agama yang akan kita bincangkan dalam blog ini.sekian dulu dari saya...saya mengundur dulu seketika..assalamualaikum w.b.t. dan terima kasih.

Selamat Datang
Selamat datang ke blog KUBAH TEGUH RESOURCES,sebuah syarikat yang berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA(SSM).kami disini menyediakan pelbagai perkhidmatan percetakkan dengan harga yang berpatutan.Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan ini.
My Blog List
Jom Sembang
Bagi makan kura-kura
Followers
Subscribe to:
Posts (Atom)